Pages

Powered By Blogger

Thursday 14 April 2011

Surat Dari Blora


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, nasi lalap, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.





Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kota Kinabalu sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Malaysia.



Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok sawit secara besar-besaran di Merotai. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.



Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.



Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.



Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Yayasan Sabah dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.



Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah Parkwell selagi ada kedai kasut selipar di sekitar pasar gantung, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah.
kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak???

Tuesday 5 April 2011

Letter For My Future Husband

Surat ni ditulis bukan nak menggoda atau menggatal dengan you ,bukan jugak nak balas surat yang you bg dekat I tapi I tulis surat ni, utk you  kongsi dengan sahabat sahabat you yg bernama lelaki...so, you pun jgnla excited baca laju2, xpa, I tak mintak pun you balas surat  I nie..

My Future Husband

you ingat I kenal you tu sapa, tolong sikit, jgn nak perasan ok, I tak ingin pnn nak ambil tau pasal you. you  ingat I kisah ke you hensem ke tak??? for ur information, if you hensoem mcm shah rukh khan pun I tak heran la...you ingat I tergedik-gedik nak kat you sebab you hensom ka???... or you ingat I gilakan harta u???..jangan perasan ok...tolong cikit....if  I minat ngan you pun,cuma 1 sebab, sebab cinta you pada tuhan you dan tuhan I.....ALLAH... if you cintakan Allah, maka I pun akan cintakan you,  TAPI!!! if cinta you pada Allah hilang,maka hilanglah cinta I pada you...memangla org ckp org pompuan ni kuat cemburu, I sbgi seorg perempuan pun, I akui, tapi takkan sesekali I cemburu if you cintakan Allah lebih dari you cintakan I, sebab I pun akan cintakan Dia lebih dari I cintakan you... I rasa, you pun x jeleskan if I cintakan Dia lebih dari you...

My Future Husband..

you jgn risau, if you bukak fb I, you takkan kena heart attack punya...insyaAllah, gambar I takda nak tunjuk sana sini, I taula I comel, tapi you jgn risau, parent I (parent mertua you) dah asah parang siap2, if I buat bnda xsenonoh, diorg dah siap sedia nak parang kan I, so I ingat, if kita dah da anak,kita pun boleh pakai cara tu didik anak kita, biar ank teruna org lain pun tak brani nak menggatal ngan anak kita...ok x??? 1 lagi..you jgn risau, I pun tak suka pakai seksi2 nie, ozon makin nipis, klu I tak tutup badan I, nant I kena kancer kulit, If I kena kancer kulit, I tau mest you nak pasang 1 lagi kan...bukan leh caya sgt ngan you nie, belom paper dah kata nak pasang 2, If dah paper, xtaula I...tapi yg paling penting..I tutup badan I, bukan sebab you, or sebab ozon nipis, I tutup bdn I, sebab kekasih tercinta kita yg suruh....you x jeleskan I  ikut suruhan DIA...

My Future Husband,

masa depan tu di tangan kita, memanglah Allah yg memnetukan, tapi sebagai manusia, you kena berusaha...if you nak I dok umah layan you, I tak kisah, tapi dengan syarat, tu pun kalau you mampu stabilkan ekonomi you...I tak nak anak2 I idup susah...you ingat zaman skang bleh idup pakai budi ka, nak masuk toilet pun kena bayar..if u nak anak ramai, I ikut jak, tapi paham-pahamlah ya, kalau buat anak sama-sama, jaga anak pun sama-samala. kalau time wat anak je sama-sama, anak nangis tengah malam asyik I je yg bangun,pastu lampin anak pon you taknak tukar,baik you tukar pikiran nak kawen ngan I siap-siap. pasal I tak hingin nak kawen lelaki yg takda timbang rasa...

My Future husband

you, I nak gtau you siap-siap nih, I nih taklah sehebat chef wan yg teror sangat masak, tapi klu stakat nak masak nasik tu, I bleh jer...I pon sebenarnya tak suka sangat makan kat restoran mamak, takot you terbekenan plak kat anak dara tokei mamak tu plak, menangs tak berlagu la I...I pun nak gtau you jugak, I bukan gadis zaman dulu yg dok ajer kat umah, I gadis moden, I ada sosial life I jugak, I harap you bila kita dah kawen, you jgn la kongkong i jer, kesian kat I, nant klu I jd giler dok kat umah camna???saper susah, you jugak kan, so skali-skala, kasi la I can nak jumpak kawn-kawan I...U pun mest nak jumpa member bola you kan,so kita tolerate ok???

My Future Husband,

I sedar I ni tak hebat mana, so I harap you pon bleh trima I seaddanya...I tak harapkan you jadi suami yg paling sempurna,tapi kan...pada I tak cukup kalau u jd imam n I makmum, you cakap I ikut, I mrajuk you pujuk..memanglah aman,tapi kalau bleh, i nak suami I, ikut sunah rasulullullah...I tau takda org yg sempurana, tapi bukankah baginda sebaik teladan yg patut you contohi...I jaga anak, you didik anak, you marah anak, I pujuk, I masak, you kemas rumah, I basuh baju, you tolong lipatkan, see, lagi saling lengkap melengkapi.. tenaga org laki kan lagi kuat berbanding perempuan,kalau setakat buat kerja ringan ni,apalah sangat kan,lagi pun, klu you tolong I, malam nant, you dapat lah hadiah dari I...kalau you slalu tolong i, tiap-tiap malam pon bleh jadi malam jumaat...dan I harap sangat kat you, kelebihan kekuatan fizikal Allah bg kat you, jgnla you gunakan utk2 tangan-tangankan I...I dah ada tangan, kalau you tangan kan I, nant I patah riuk camna, you pun mest xnak masuk hotel besi kan...

I akan cuba jadik isteri terbaik you sama macm you jdi suami terbaik I.. .kalau you nak guna kuasa you nak kawen laen I tak kisah...tapi you kena ingat, mahkamah Allah di dunia sana tu telus, kalau you tak adil, I akan adukan pasal ketidakadilan you kat DIA...so, you jgn maen2 ngan I...

cukup lah takat ni, I dah tak larat nak tulis panjang-panjang, kalau panjang sangat pun bukan you baca...so,you doa-doakan lah, Allah cepat2 temukan kita, you pun taknak putih mata kan tengok I cium tangan org len, so,you carikla I cepat2, perempuan macm i ni dah nak pupus, baek you cepat sebelom org len dapat I...

Ur Future Wife...