Pages

Powered By Blogger

Thursday 23 June 2011

Rahsia Senyuman



1.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.


2.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


3.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.


4.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
 

5.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


6.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).


7.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.



8.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan scara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.


9.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


10.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.


11.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.


12.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).



ONE THOUSAND MILLION SMILES - SUDIRMAN HJ ARSHAD
 
There's a gift I'd like to give you
That can't be bought or sold
A ray of sunshine across the waters
That comes straight from the soul

Let us join our hands together
To bind the colours of our skin
A rainbow under GOD's Great heaven
A sign that love will always win

One thousand million smiles
I bring toy across the miles
In my land of sunshine
Or in your land of snow
Makes no difference where you are
If you let your feeling show

One thousand million ways
To love each other every day
For the poet and the old man
For the mother and the child
These One thousand million smiles

If the world is full of sorrow
Then what's the meaning of life
If war's the master of the house
And hunger is his wife ooo...

But a shining bridge of lovin' smiles
And tender helping hands
Will bind all men on earth together
And will forever stand

So here! Stand with heart in hand
I bring this gift from my homeland
So take these smiles and sweets hellos
Keep then in your heart where ever you may go

Wednesday 22 June 2011

Senyum....Tak Perlu Kata Apa Apa..

*******************
“Excuse me sir, your want a coffee or tea?” seorang pramugari bertanyakan penumpang kapal terbang dengan senyuman terukir di wajah. Senang hati penumpang.
*******************
“Pakcik, saya nak periksa dada tu dulu ya.” doktor segera melakukan pemeriksaan kepada pesakitnya dengan senyuman. Pesakit pun dah kurang sakitnya.
*******************
“Puan, semuanya berharga 26 ringgit 50 sen, terima kasih.” cashier segera menghulurkan tangan mengambil duit dari pelanggan kedai tersebut dengan senyuman. Tanpa teragak, duit pun berpindah tangan.
*******************

Senyum itu sedekah, yakni terbit dari iman, yang nyata menzahirkan sesuatu daya tarikan dalam diri. Namun kehebatan senyum, tanpa melibatkan fakta sains, akan menarik sayang antara satu sama lain.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu

Quote ini menyuruh kita mencari orang yang membuat kita senyum, dan hanya mereka yang senyum dapat membuat kita senyum. Kuasa senyum, menarik yang positif dari negatif.



***Teknik Senyum***

Baiklah, sekarang langkah-langkah untuk senyum adalah:
  1. Sebut “ONE…” dah?
  2. Sebut “TWO….” dah?
  3. Sekarang sebut “THREE…” ok maintain muka tu… jangan gerak muka… bibir anda tentu sedang terbuka sedikit, bibir jadi bentuk “U” kan? dan pipi anda akan naik sedikit ke atas kan? lepas tu mata anda tentu mengecil sedikit kan?
sekarang buat semula semua teknik di atas… kali ni sebut dalam hati… dah? senyum kan?
Ok sekarang buat sekali lagi.. sebut dalam hati tapi satu dan dua sebut cepat2 dalam hati dan maintain nombor tiga tu…
memanglah masa mula-mula nak amalkan macam kekok.. tapi itu adalah antara teknik senyum paling mudah…
harus di ingat:
"Jangan sebut kuat2 nombor2 tu bila nak senyum depan orang nanti orang kata gila pulak.. hahahha dalam hati sudah "

guest who...senyum