Pages

Powered By Blogger

Wednesday 25 May 2011

Aku Budak Kampung..

Semalam, masa aku nak angkat kain dekat ampaian, ada dua orang anak jiran aku ni tengah main basikal dekat halaman. mereka berdua ni adik beradik dan comel sgt. Hari-hari aku dengar diorang menyanyi. lagu yg diorang belajar dekat tadika mungkin. kadang-kadang aku ada jugak dengar diorang hafal doa-doa harian. bagus betul diorang ni kan? dah la comel.


pic aku waktu kecik-kecik
aku pun teringatlah  zaman aku kecik-kecik dulu. mungkin budak zaman sekarang tak pernah pun buat macam apa yg aku buat masa kecik-kecik dulu. yalah, budak zaman sekarang kan dah ada laptop sendiri. psp. facebook. myspace. mana layan games budak zaman dulu. betul kan



dulu, kalau balik kampung (someplace in tawau), mesti pergi mandi sungai dengan sepupu-sepupu yg ramai tu. kalau pergi mandi sungai, tak sah kalau tak main perang-perang. guna tanah liat. kalau kena mata, balik rumah menangis mengadu dekat mak. tapi mak kata 'bagus'...... hahaha! tapi memang best gila. feel dia rasa macam counter strike tapi yg real punya. haaa. mana boleh lawan games dekat laptop tu. lepas tu, kalau ada dahan pokok yg dekat dengan sungai, confem jadi mangsa panjat kitorang. masing-masing nak jadi penerjun tak berwibawa. kalau ada dahan pokok berjurai tu, mula lah nak jadi tarzan. 



kadang-kadang, bila musim rambutan mesti ajak sepupu-sepupu aku pergi panjat pokok rambutan .pergi kait buah rambutan sebab nak jual dekat pemborong. kait manggis sampai sebakul then suruh mak cik ikat rambutan tu. kalau dulu, seikat dalam RM 2.00 kot. bila dapat sepuluh ikat pun dah melompat kegembiraan sambil terkinja-kinja. well RM 20 tu dah cukup banyak bagi budak macam aku dulu. tapi budak zaman sekarang? huh...confirm tak cukup..



lagi, aku teringat masa aku kanak-kanak comel dulu, aku, and sepupu sepupu aku main hujan sambil main pasir dekat padang depan rumah.berkubang dalam lumpur. sebijik macam kerbau. nak main swimming pool tak mampu. lopak air lumpur pon jadi lah. hahaha. time main tu memang seronok gila. tapi sampai je rumah, mak aku dah stand by dengan paip getah tak pun hanger baju untuk melibas anak-anak dia yg nakal tu. perghh! sakit gila libasan mak aku.


tapi sekarang, jarang aku nampak budak-budak yg tough lagi gagah perkasa macam aku zaman kecik-kecik dulu. baru sergah sikit nak nangis. tak mau main pasir. nak duduk rumah . tak adventure langsung! jarang aku nampak budak-budak main baling selipar ka, rounders ka, police and thief ka dan sewaktu dengannya. zaman teknologi kan? mana ada lagi. 


sesungguhnya zaman kanak2 laa yg paling seronok dalam hidup aku. tak payah pikir apa2 pun kan? walaupun saya budak kampung, saya ok je! :)

Wednesday 18 May 2011

Lelaki Dalam Dapur

 
Lelaki amat pandai masak kari.tapi megi kari saja la.


Lelaki kadang2 memang suka memasak.tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.


Apbila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah. bukan main bising lagi.


Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plakMenu utama mskan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. 


Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas mskan akn cepat habis, krna lelaki memasak selalunya guna api yg kuat.cepat sikit masak.


Keadaan dapur rumah orang llki yang bersepah sepah adlah satu pemandangan biasa.


Dan lelaki tidak akan merngut sekiranya mskan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..


Antara sebab sebab lelaki memasak:

Malas nak pegi kedai

Hampir hampir pokai

Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired

Konon konon nak practice.nanti buleh amik hati pasangan
Jgn Marah arrr.....