Pages

Powered By Blogger

Tuesday 29 March 2011

Hey!!!!!!!! Jangan Bertengkar.

Tips Yg Terbaik Utk Mengelakkan Pertengkaran Dalam Perhubungan.
Pertelingkahan adalah perkara normal dlm perhubungan. Setiap pasangan pasti akan berhadapan dengan pertengkaran. 'Sedangkan Lidah Lagi Tergigit'...inikan pula aku dan dia...kuikuikui....Namun, mengapa perlu bertengkar. Bukankah lebih baik diselesaikan cara baik melalui komunikasi yg matang. Ada pendapat mengatakan pertengkaran tidak membawa kepada hal yg negatif semata-mata. Pertengkaran mampu membuat kita mengenal lebih dalam pasangan kita dan yg paling penting, mengajar kita erti kematangan dalam hidup berpasang-pasangan. Bagaimana mewujudkan pertengkaran yang selamat agar hubungan tidak menemui jalan buntu.





Jangan Membebel  p/s:terutama kaum hawa
Kunci utk perhubungan yg matang adalah saling menghormati. Harus menhormati pasangan anda sebagai seorang individu yg dewasa. Normal bg individu melakukan kesilapan, namun jgn terlalu cepat menghukum dgn berbicara pjg lebar. Perkara ini akan mencetuskan perasaan kurang selesa. Apa yg anda harus lakukan, mencari penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang.






Jangan Ada Dendam p/s:terutama kaum adam
Apabila hati seseorang disakiti atau dihancuri, pasti wujud perasaan membalas dendam. Alasannya, biar pasangan berasa bersalah dan turut merasai apa yg kita rasa. Elakkan bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan anda seorang lelaki yg tidak matang dalam perhubungan.





Cari Jalan Tengah
Sekiranya tercetus pertengkaran, jangan sesekali mencari kelemahan yg ada pada diri pasangan. Tidak elok pertengkaran yg berakhir dgn kepuasan hati sebelah pihak. Cuba selesaikan masalah dgn mencari jalan tengah supaya tidak wujud persoalan siapa salah dan siapa menang.




Elak Mengungkit
Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain dalam pertelingkahan. Mengungkit hal lain hanya mengakibatkan pertengkaran berlarutan. Bangkitkan Suasana komunikasi yang baik tanpa meninggikan suara.



Elak Serangan Fizikal lelaki ambil perhatian
Lumrah bagi lelaki yg gagal mengawal kemarahan mudah untuk 'menyerang' secara fizikal atau 'mudah naik tangan'. Perhubungan sepatutnya mengajar anda untuk lebih matang. Jadi, jangan melakukan tindakan berlandaskan emosi. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yg berunsur maki-hamun. Gunakan perkataan yg lebih lembut ataupun gunakan pendekatan psikologi.




Hadapi Situasi Gentleman la bro
Hey...Tak gentleman la jika anda lari daripada situasi. Sekiranya berhadapan dengan perbalahan yg menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Hadapi masalah ini dengan berbincang bersama pasangan.


Ingat!!!!!! Komunikasi Yg Baik Mampu Memberi Kelebihan Dalam Perhubungan......