Pages

Powered By Blogger

Wednesday 22 June 2011

Senyum....Tak Perlu Kata Apa Apa..

*******************
“Excuse me sir, your want a coffee or tea?” seorang pramugari bertanyakan penumpang kapal terbang dengan senyuman terukir di wajah. Senang hati penumpang.
*******************
“Pakcik, saya nak periksa dada tu dulu ya.” doktor segera melakukan pemeriksaan kepada pesakitnya dengan senyuman. Pesakit pun dah kurang sakitnya.
*******************
“Puan, semuanya berharga 26 ringgit 50 sen, terima kasih.” cashier segera menghulurkan tangan mengambil duit dari pelanggan kedai tersebut dengan senyuman. Tanpa teragak, duit pun berpindah tangan.
*******************

Senyum itu sedekah, yakni terbit dari iman, yang nyata menzahirkan sesuatu daya tarikan dalam diri. Namun kehebatan senyum, tanpa melibatkan fakta sains, akan menarik sayang antara satu sama lain.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu

Quote ini menyuruh kita mencari orang yang membuat kita senyum, dan hanya mereka yang senyum dapat membuat kita senyum. Kuasa senyum, menarik yang positif dari negatif.



***Teknik Senyum***

Baiklah, sekarang langkah-langkah untuk senyum adalah:
  1. Sebut “ONE…” dah?
  2. Sebut “TWO….” dah?
  3. Sekarang sebut “THREE…” ok maintain muka tu… jangan gerak muka… bibir anda tentu sedang terbuka sedikit, bibir jadi bentuk “U” kan? dan pipi anda akan naik sedikit ke atas kan? lepas tu mata anda tentu mengecil sedikit kan?
sekarang buat semula semua teknik di atas… kali ni sebut dalam hati… dah? senyum kan?
Ok sekarang buat sekali lagi.. sebut dalam hati tapi satu dan dua sebut cepat2 dalam hati dan maintain nombor tiga tu…
memanglah masa mula-mula nak amalkan macam kekok.. tapi itu adalah antara teknik senyum paling mudah…
harus di ingat:
"Jangan sebut kuat2 nombor2 tu bila nak senyum depan orang nanti orang kata gila pulak.. hahahha dalam hati sudah "

guest who...senyum

0 comments: